Ringkasan Liga_Pendekar

Liga Pendekar bertempat semasa Kesultanan Melayu Melaka yang telah menjadi sasaran pelbagai musuh yang dengki. Satu gabungan pasukan pendekar telah dibentuk untuk menentang musuh dan kketumbukan ini digelar Liga Pendekar.

Ketumbukan ini diketuai Malim Deman, Hang Tuah, Badang, Sang Kebayan, Awang Kenit, Orang Minyak, Sang Kelembai dan Si Tanggang berpadu tenaga menyelesaikan misi-misi penuh mencabar dan merbahaya. Tujuan mereka hanya satu, untuk melihat keamanan dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka daripada anasir-anasir yang membinasakan.