Liga_Premier_Malaysia_2011
Liga_Premier_Malaysia_2011

Liga_Premier_Malaysia_2011

Liga Perdana Malaysia 2011 (juga dikenali sebagai Liga Super Malaysia Astro 2011 dan Liga Perdana Malaysia Astro disebabkan oleh penajaan Astro) merupakan musim ke-8 Liga Perdana Malaysia semenjak penjenamaan semula daripada format sebelumnya.Pada masa ini liga ini adalah liga peringkat kedua Persatuan bola sepak Malaysia. Musim ini telah bermula pada 31 Januari 2011, dan akan tamat pada 29 Julai 2011. Felda United FC merupakan juara Liga Perdana Malaysia 2010 dan sekarang ini bermain di liga utama bola sepak Malaysia, Liga Super Malaysia.PKNS FC telah berjaya mencapai gelaran juara Liga Perdana 2011 pada 20 Mei 2011, dan juga satu tempat kenaikan ke Liga Super, dengan satu kemenangan 2-0 terhadap Johor FA. Kemenangan ini memberi pendahuluan 12 mata terhadap pencabar terdekat, Sarawak FA dengan berbaki 3 perlawanan.[1][2] Sarawak juga berjaya mendapatkan tempat kedua kenaikan ke Liga Super selepas kemenangan 4-1 terhadap USM FC pada 23 Mei 2011, mendapatkan kelebihan 8 mata terhadap musuh terdekat Sime Darby FC dengan berbaki 2 perlawanan. [3]Di hujung terbawah liga, 2 pasukan Pulau Pinang iaitu Sinar Dimaja Mai Sarah FC dan Penang FA memastikan status mereka sebagai dua pasukan terbawah di dalam Liga Perdana, yang akan menyingkirkan mereka ke kejohanan Piala FAM 2012, bergantung kepada kepastian daripada FAM.