Lim_Boo_Chang

Lim Boo Chang (lahir 25 November 1955) adalah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat di Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Pada 14 Disember 2011 Lim Boo Chang keluar daripada PKR kerana kecewa dengan kepimpinan parti. Dia pernah menjadi Adun MCA kemudian menjadi ahli Gerakan. [1]Selepas menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 di DUN N29 Datuk Keramat, tengah Pulau Pinang atas tiket BN/Gerakan dengan majoriti 3148 undi. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 beliau bertanding di P051 Bukit Gelugor menentang Karpal singh tapi tewas. Lim Boo Chang mendapat 21268 undi sementara Karpal singh mendapat 22,529 undi dengan majoriti 1261 undi.[2]Dia kembali ke pangkuan Gerakan yang disertai selama 15 tahun dari 1984-1999. Beliau pernah menjadi Ketua Biro Undang-Undang dan Perkhidmatan Kemasyarakatan PKR Pulau Pinang dan melepaskan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).