Kekayaan Lim_Goh_Tong

Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6bil).pada tahun 2006 sehingga kematiannya.

Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik, pelancongan, pelayaran , pembangunan teknologi maklumat dan pusat perjudian yang terbesar di asia.

Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebin 14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Beliau juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah. Beliau bermula daripada kontraktor kecil.Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

Lim datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Beliau menpunyai idea membina genting semasa di cameron highlands

Anak beliau, Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.