Sejarah Limbang_FM

  • RTM Limbang merupakan stesen kawasan yang pertama selepas RTM Kuching, ditubuhkan di negeri Sarawak. Stesen ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Datu Tuanku Hj Bujang bin Tuanku Hj Othman pada 17 April 1971.
  • Limbang FM dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Rangkaian Nasional, Perkhidmatan Lun Bawang dan Perkhidmatan Bisaya. bersiaran dari pukul 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. Limbang FM pasti Di Hati, selain itu terdapat juga Perkhidmatan Iban yang bersiaran dari 9 malam hingga 10 malam.
  • Limbang FM merupakan stesen paling jauh diutara Sarawak berjiran dengan Negara Brunei Darussalam dan juga Negeri Sabah. Mempunyai peminat tersendiri dari pelbagai etnik di kuasan utara seperti Melayu, Kedayan, Lunbawang, Bisaya, Dusun,Iban dan Cina.