Kerjaya Linda_Onn

Linda memulakan kerjaya sebagai penyampai radio Era yang ketika itu memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau yang ketika itu berusia 21 tahun, merupakan salah seorang penyampai terawal Era termasuk Kudsia Kahar, Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Nadira Azizan, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed. Sewaktu tempoh khidmatnya di Era, Linda pernah mengacarakan segmen Urban @ Era yang menyiarkan lagu-lagu berentak hip hop.

Kerjaya filem beliau termasuk Soal Hati (2000) dan Biar Betul (2004). Beliau juga mengacarakan rancangan bual bicara Tanya Linda dan Malam Ini... Linda Onn yang kedua-duanya bersiaran di Astro Ria. Linda melangkah ke bidang muzik, dengan merakamkan lagu "Bahu Ke Bahu" bersama Fara Fauzana, Nana Mahazan dan Nila Kurnia.