Ciri Line_Music

Katalog

Pada pelancaran, Line kini mempunyai 1.5 juta lagu berlesen daripada 30 syarikat muzik dan penerbit di seluruh dunia.[3] Tetapi syarikat Line Corporation akan mengembangkan katalog mereka kepada 30 juta runut berlesen menjelang 2016.[4]

Penyepaduan dengan Line Messenger

Salah satu ciri utama Line Music ialah penyepaduan dengan Line Messenger, di mana pengguna boleh menghantar runut muzik atau senarai main kepada rakan atau kumpulan sembang dalam Line Messenger. Selain itu, pengguna boleh menstrim muzik secara serentak dengan mereka yang sedang bersembang dengan pengguna untuk mendengar muzik pada masa yang sama. Pengguna tanpa langganan Line Music boleh pradengar muzik sehingga 30 saat sahaja.[5]