Linux
Linux

Linux

Rencana ini adalah mengenai sistem pengendalian yang menggunakan inti Linux. Untuk inti tersebut sendiri, sila lihat inti Linux. Untuk kegunaan yang lain, lihat Linux (nyahkekaburan).Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan sistem pengendalian. Contoh-contoh perisian adalah seperti pelayan web, bahasa pengaturcaraan, pangkalan data, persekitaran desktop]] (seperti GNOME dan KDE), dan set pejabat seperti OpenOffice.org. Edaran-edaran Linux telah mengalami pertumbuhan yang pesat dari segi kepopularan, sehingga lebih popular daripada versi UNIX yang merupakan perisian hak milik dan mula mencabar dominasi Microsoft Windows dalam sesetengah perkara.Linux menyokong sebahagian besar perkakasan komputer dan telah diguna di dalam pelbagai peralatan daripada komputer peribadi ke superkomputer dan sistem terbenam (seperti telefon bimbit dan perakam video peribadi Tivo).Pada mulanya, ia dibangunkan dan digunakan oleh peminatnya sahaja. Kini Linux telah mendapat sokongan daripada syarikat-syarikat besar seperti IBM, dan Hewlett-Packard. Para penganalisa menujukan kejayaannya ini disebabkan ia tidak bergantung kepada vendor (vendor-independence), kos perkakasan yang rendah, dan kepantasannya berbanding versi UNIX proprietari, serta faktor keselamatan dan kestabilannya berbanding dengan Microsoft Windows. Ciri-ciri ini juga menjadi bukti kepada keberkesanan model pembangunan sumber terbuka.