Penubuhan Liqui_Moly

Liqui Moly GmbH diasaskan pada tahun 1957 di Ulm, di tepi Sungai Danube. Paten untuk menghasilkan molibdenum disulfida menjadi asaa bagi syarikat ini. Aditif yang berasarkan pada molibdenum disulfida cair (MoS2) merupakan produk pertama syarikat ini. Molibdenum sulfida, bahan asas untuk produk Liqui Moly, dicipta di kedai Tentera Darat Amerika Syarikat di Jerman pasca perang. Kedai tersebut lalu menjual molibdenum sulfida cair dalam tin di bawah jenama Liqui Moly. Apabila ditambahkan ke minyak motor, molibdenum sulfida cair memastikan mesin masih dapat beroperasi apabila minyak enjin tiba-tiba bocor. Juruterbang tempur semasa Perang Dunia I sebelumnya telah menggunakan molibdenum sulfida cair, dengan menambahkannya ke minyak mesin pesawat. Supaya pesawat masih dapat mendarat, walaupun tangki minyak terkena.[5]