Demografi Lithuania

Sejak zaman neolitik penduduk peribumi Lithuania tidak digantikan oleh mana-mana kumpulan etnik,jadi besar kemungkinan penduduk Lithuania sekarang mempunyai genetik daripada nenek moyang mereka.Penduduk Lithuania tidak mempunyai perbezaan genetik yang agak ketara antara kumpulan etnik.

Kajian pada 2004 mendedahkan MtDNA rakyat Lithuania mirip kepada orang Slavic dan Finno-Ugric yang tinggal di utara dan timur eropah.Kajian juga menunjukkan kromosom-Y orang Lithuania mirip kepada orang Latvia dan Estonia.

Berdasarkan anggaran pada tahun 2014,kumpulan umur penduduk ialah:0-14 tahun,13.5%(lelaki 243,001/perempuan 230,674);15-64 tahun:69.5%(lelaki 1,200,196/perempuan1,235,300);65 tahun dan keatas:16.8%(lelaki 207,222/perempuan 389,345).Umur median ialah 41.2 tahun(lelaki:38.5/perempuan:43.7).

Lithuani mempunyai kadar kelahiran yang rendah:jumlah kadar kelahiran di Lithuania ialah 1.59 kanak-kanak untuk setiap wanita(2015).Pada 2014,29% kelahiran adalah dari wanita yang tidak berkahwin.Umur semasa perkahwinan pada 2013 ialah 27 bagi wanita dan 29.3 bagi lelaki.

Kumpulan etnik

Etnik lithuania mewakili sekitar lima per enam daripada penduduk negara.Berdasarkan bancian pasa tahun 2011,populasi Lithuania 3,043,400, 84% daripadanya etnik Lithuania yang bertutur dalam bahasa Lithuania,bahasa rasmi negara.Etnik-etnik minoriti yang wujud ialah Poles(6.6%),Russia(5.8%),Belarus(1.2%) dan Ukraine(0.5%).

Poles merupakan etnik minoriti terbesar,tinggal di tenggara Lithuania.Etnik Russia pula minoriti kedua terbesar,tinggal di dua bandar.Mereka merupakan minoriti utama di Vilnius(14%) dan Klaipeda(28%), dan majoriti di bandar Visaginas(52%).Sekitar 3000 Roma tinggal di Lithuania,kebanyakannya di Vilnius,Kaunas dan Paneverys;pertubuhan mereka disokong oleh Jabatan Emigrasi dan Minoriti Negara.Selama berkurun,komuniti Tatar tinggal di Lithuania.

Bahasa rasmi ialah Bahasa Lithuania,bahasa lain seperti Russia,Polish,Belarus dan Ukrain dituturkan di bandar-bandar besar,di daerah Salcininkai dan Vilnius.Yiddish dituturkan oleh komuniti kecil Yahudi di Lithuania.Berdasarkan bancian Lithuania pada 2001,sekitar 84% populasi bertutur dalam Bahasa Lithuania sebagai bahasa asli mereka,8% pula penutur Bahasa Russia dan 6% Polish.Berdasarkan kajian pada 2012,80% penduduk Lithuania boleh bertutur dalam Bahasa Russia dan 38% noleh bertutur dalam Bahasa Inggeris.Kebanyakan sekolah di Lithuania mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing pertama,tetapi pelajar juga boleh belajar Bahasa German,Francis dan Russia.Sekolah yang menggunakan Bahasa Russia dan Polish sebagai bahasa pengantar juga wujud di kawasan yang diduduki oleh etnik minoriti ini.

Agama

Bancian pada 2011,77.2% rakyat Lithuania ialah penganut Roman Katholik.Agama ini menjadi mazhab majoriti sejak kristianisasi Lithuania pada akhir kurun ke-14.Paderi-paderi memimpin pergerakan menentang rejim komunis.

Pada separuh pertama kurun 20,Lutheran Protestant mempunyai sekitar 200,000 ahli,9% daripada jumlah penduduk,kebanyakannya dari etnik German,tetapi telah menurun sejak tahun 1945,seiring dengan perpindahan etnik German.Komuniti kecil Protestant tinggal di bahagian utara dan barat negara.Penganut agama telah ditindas ketika penaklukan Soviet,ramai yang dibunuh,diseksa dan dihalau ke Siberia.4.1% ialah Orthodox(dianuti oleh minoriti etnik Russia),0.8% Protestant dan 6.1% tiada agama.

LIthuania merupakan rumah kepada komuniti Yahudi sejak kurun ke-18 hingga Perang Dunia kedua.Sebelum perang,populasi Yahudi di luar Vilnius mencecah 160,000.Pada September 1939,puluhan ribu Yahudi menjadi tumpuan Lithuania apabil Soviet memindahkan wilayah Vilnius dari Poland ke Lithuania dan tambahan pelarian Yahudi yang tiba di Lithuania ketika tempoh sebelum Jun 1941.Anggaran 220,000 Yahudi tinggal di Republik Lithuania pada Jun 1941,kesemuanya dihapuskan se[enuhnya ketika Holocaust.Komuniti ini berjumlah sekitar 4000 pada akhir tahun 2009.

Berdasarkan kaji selidik oleh Eurobarometer pada 2010,47% penduduk Lithuania percaya kepada tuhan,37% memberi jawapan mereka percaya kepada sesetengah perkara tentang alam ghaib,dan 12% tidak mempercayai tuhan dan alam ghaib.