Kerjaya Livonia_Ricky_Guing

Livonia memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Malaysia Earth, Miss Universe dan Miss Tourism Queen Inernational. Beliau juga pernah menyertai Pertandingan Ratu Cantik Borneo 2009.[5]

Bakat Livonia mula dikesan oleh pelakon, Rosyam Nor apabila beliau menjadi salah seorang daripada 16 finalis rancangan pencarian bakat baharu bidang lakonan, Pilih Kasih musim kedua, yang turut disertai oleh Jay Iswazir, Bil Azali, Cristina Suzanne dan Lia Natalia.[6] Dengan jumlah undian sebanyak 26.6 peratus, beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan enam finalis lain.[7]

Beliau mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi watak sebagai Violet dalam drama adaptasi novel Isteri Tuan Ihsan yang dianggap sebagai pembakar semangat kepadanya dalam bidang lakonan.[8][9] Kerjaya filem Livonia bermula pada 2017 setelah menerima tawaran dari pengarah Yusof Kelana, bagi membintangi filem biografi, Kanang anak Langkau: The Iban Warrior yang ditayangkan pada 16 Mac; beliau memegang watak sebagai Helan Latai anak Intie.[10]

Rujukan

WikiPedia: Livonia_Ricky_Guing http://www.azhan.co/biodata-livonia-ricky-ratu-can... http://www.bffsays.com/article/BFF-Interview-with-... http://www.gempak.com/artikel/3183/isteri-tuan-ihs... http://www.imdb.com/name/nm7241896/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/lambat-diken... https://www.star2.com/entertainment/movies/movie-r... https://www.hmetro.com.my/node/198188