Lockheed_HC-130
Lockheed_HC-130

Lockheed_HC-130

Lockheed HC-130 adalah sebuah pesawat jarak jauh, versi mencari dan menyelamat (SAR) dan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) bagi pesawat pengangkut C-130 Hercules. Versi HC-130H dan HC-130J dioperasikan oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat dalam peranan SAR dan pengawasan maritim manakala model HC-130P dan HC-130N Combat King dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mana menggunakan pesawat ini dalam tugas-tugas SAR dan CSAR bagi pencarian jarak jauh dan bagi memanjangkan jarak helikopter mencari dan menyelamat dengan menyediakan peranan pengisian minyak di udara, menggugurkan pasukan payung terjun dan peralatan, dan melaksanakan kawalan dan arahan CSAR di tempat kejadian.