Logik

Logik (Tulisan Jawi: لوڬيق; daripada perkataan Greek λόγος logos; bermaksud, fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip) adalah satu pengajian tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu samada secara inferens (sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung)[1][2] dan memaparkan (sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian).Pemikiran logik adalah cara pemikiran yang kerap dan gemar digunakan dalam merancangkan sesuatu perkara.Secara amnya logik difahami sabagai apa yang boleh difahami oleh akal manusia,iaitu menggunakan bukti bagi menjelaskan sesuatu yang tidak jelas pada mulanya.