Kehidupan awal Loh Kean Yew

Loh dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia, dan merupakan anak bongsu dari tiga beradik.[3] Beliau mula bermain badminton pada umur tujuh tahun di sekolah rendah tetapi menjauhkan diri dari sukan itu selepas dibuli. Beliau mencuba badminton sekali lagi pada umur sembilan tahun dan dalam tempoh enam bulan, beliau dipilih ke Pasukan Negeri Pulau Pinang.[4]

Pada 2010, setahun selepas saudaranya Loh Kean Hean datang ke Singapura, beliau berpindah ke Singapura pada umur 13 tahun selepas menerima biasiswa dari Persatuan Badminton Singapura (SBA), dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Sukan Singapura.[3]

Loh menyatakan bahawa beliau sama sekali "tidak menyesal" berpindah ke Singapura dan menukar kesetiaannya. Matlamatnya adalah untuk memenangi pingat emas Olimpik untuk Singapura dalam sukan badminton.[5][6][7]

Rujukan

WikiPedia: Loh Kean Yew http://www.asiaone.com/print/News/Latest+News/Spor... http://bwfbadminton.com/news-single/2017/03/19/bwf... http://bwfbadminton.com/player/76115/kean-yew-loh http://bwfworldtour.com/news-single/2018/01/10/act... http://www.straitstimes.com/sport/loh-plays-own-ga... http://www.straitstimes.com/sport/not-in-peak-form... http://www.straitstimes.com/sport/spore-shuttler-l... http://www.chinapress.com.my/20190121/%E7%9B%B4%E5... http://gms.kualalumpur2017.com.my/RS2017/Athlete/P... https://www.channelnewsasia.com/news/sport/loh-kea...