Lojing
Lojing

Lojing

Lojing merupakan kawasan pedalaman dan juga jajahan kecil yang terletak di negeri Kelantan. Puncak Lojing terletak pada 2000 meter dari aras laut. Tanah Tinggi Lojing boleh dihubungi melalui Gua Musang, Kelantan dan dari Cameron Highlands, Pahang. Pada 5 Ogos 2010 bersamaan 24 Syaaban 1431H, Pemangku Raja Kelantan telah merasmikan 'Jajahan Kecil Lojing' di Kampung Penangau, Lojing.[1]Nama Lojing dipercayai dari perkataan 'logging' yang bermaksud pembalakan, aktiviti yang paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi Lojing. Perkampungan orang Asli di Tanah Tinggi Lojing ialah Pos Brooke. [2]Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan era Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamad Yaacob telah meluluskan 4,978.98 hektar tanah dengan tempoh pajakan selama 99 tahun mulai 18 Disember 1985. Antara pemaju yang menerima tanah anugerah ini ialah YAKIN, PKINK, KADA, Multi System dan Jasa Benar .[3]Dari tahun 1990 hingga tahun 2007, kerajaan negeri Kelantan telah ditadbir oleh kerajaan PAS pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kerajaan PAS Kelantan telah memberi lesen pembalakan dan pertanian kepada 22 buah syarikat swasta untuk memajukan Tanah Tinggi Lojing. Pembalakan dan pertanian merupakan sumber kewangan utama kerajaan negeri PAS Kelantan sebagaimana aturan Perlembagaan Persekutuan. Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah diberikan projek membaikpulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan bernilai RM950 juta. Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) merupakan anak syarikat kerajaan negeri PAS Kelantan. Infrastruktur bekalan air ini melibatkan Tanah Tinggi Lojing. [4] Pengurusan bekalan air tertakluk di bawah pentadbiran negeri sebagaimana aturan Perlembagaan Persekutuan.