Faizal Uzir (1974–22 Januari 2020) atau lebih terkenal sebagai
Lok-U merupakan seorang pemuzik, komposer, konduktor, pengarah muzik dan penerbit rakaman Malaysia.
[1] Beliau ialah antara pemuzik disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air.Dilahirkan di
Kuala Lumpur, Lok-U memulakan kerjayanya sebagai pemuzik di syarikat minyak dan gas
Petronas dan menimba pengalaman dengan mengiringi persembahan ramai penyanyi terkenal termasuk
Siti Nurhaliza,
Faizal Tahir,
Dayang Nurfaizah,
Aishah dan ramai lagi. Beliau pernah menjadi pengarah muzik untuk pelbagai rancangan realiti seperti
Mentor dan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
[2]Merupakan lulusan dalam bidang muzik di
Universiti Teknologi Mara (UiTM) di
Shah Alam, Faizal menguruskan syarikat penerbitan muziknya L Que Entertainment dan pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di
Karnival Jom Heboh dari 2009 hingga 2012 dan juri di
Anugerah Industri Muzik (AIM).
[3] Lok-U merupakan antara juri profesional yang mengadili separuh akhir Muzik Muzik ke-34 pada November 2019.
[4]Beliau berkahwin dengan Jamariah Yusof dan dikurniakan empat anak—tiga anak lelaki Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan seorang anak perempuan Yasmin Damia.
[5] Beliau meninggal dunia pada 22 Januari 2020 pada usia 46 tahun selepas pulang dari bersenam akibat sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil,
Seri Kembangan,
Selangor.
[6] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22,
Subang Jaya selepas solat Asar.
[7]