History Loona

2016–2018: Projek Pra-debut dan Mix Nine

Pada 2 Oktober 2016, Blockberry Creative mengumumkan melalui Naver bahawa mereka akan mendebutkan kumpulan wanita pertama mereka melalui projek pra-debut selama 18 bulan.[3] Antara Oktober 2016 dan Januari 2017, empat orang ahli (HeeJin, HyunJin, HaSeul, dan YeoJin) telah didedahkan; setiap ahli mengeluarkan satu album yang biasanya terdiri daripada lagu solo dan trek lain yang dipersembahkan bersama ahli lain yang diungkapkan, di bawah nama Korea kumpulan Idarui Sonyeo (Hangul: 이달의 소녀; lit. Girl of the Month)[4] Pada bulan Mac 2017, sub-unit pertama kumpulan, Loona 1/3, diperkenalkan, yang terdiri daripada ahli HeeJin, HyunJin, HaSeul dan ahli baru, ViVi.[5] Loona 1/3 mengeluarkan album mini pertama Love & Live dan single dengan nama yang sama pada 13 Mac 2017,[6] dengan promosi televisyen di SBS Inkigayo,[7] Mereka melancarkan edisi semula album, bertajuk Love & Evil, pada 27 April.[8]

Antara April 2017 dan Julai 2017, ahli ViVi, Kim Lip, JinSoul, dan Choerry mengeluarkan album single mereka, meneruskan corak Girl of the Month yang sama.[9] Pada bulan September 2017, tiga orang ahli, HeeJin, HyunJin dan HaSeul, mengikuti uji bakat untuk rancangan realiti JTBC Mix Nine; HeeJin dan HyunJin melepasi pentas uji bakat sehingga ke pertunjukan,[10]di mana HyunJin menduduki tempat Top 18 dan HeeJin menduduki tempat keempat di final[11] Sub-unit kedua kumpulan ini, Loona Odd Eye Circle, yang terdiri daripada JinSoul, Kim Lip dan Choerry, mengeluarkan album mini pertama Mix & Match pada 21 September 2017, dan memulakan promosi di Mnet M Countdown.[12] Versi Bahasa Inggeris dari lagu mereka "Loonatic" dikeluarkan pada 23 Oktober.[13] Mereka melancarkan edisi semula album, bertajuk Love & Evil, pada 31 Oktober dan menyertakan tiga lagu baru.[14]

Antara November 2017 dan Januari 2018, mereka mengeluarkan album single solo untuk ahli baru Yves, Chuu, dan Go Won, meneruskan corak bulanan bersama dengan single digital "The Carol 2.0" yang dinyanyikan oleh Yves, Vivi, dan Choerry.[15] Pada bulan Mac 2018, mereka mengeluarkan album single solo untuk ahli terakhir, Olivia Hye.[16] Pada 30 Mei 2018, sub-unit ketiga kumpulan, Loona yyxy, membuat debut mereka dengan album mini pertama Beauty & the Beat. dengan single utama "love4eva" yang menampilkan penyanyi dari Kanada Grimes dikeluarkan pada hari yang sama dengan video muzik.[17]

Pada 7 Ogos 2018, Loona mengeluarkan "favOriTe" "sebagai single pra-debut digital.[18] Video itu menjadi yang pertama sebagai kumpulan penuh dan memfokuskan pada koreografi kumpulan.[19]

  • Loona 1/3 pada bulan Mac 2017
  • Loona Odd Eye Circle pada bulan November 2017
  • Loona yyxy pada bulan September 2018

2018–sekarang: Debut dengan [+ +], [X X], [#], dan [12:00]

Loona pada bulan Februari 2019

Pada 15 Ogos, Blockberry menerbitkan senarai lagu rasmi untuk [+ +] (dibaca sebagai plus plus) sebagai debut mereka sebagai kumpulan penuh.[20] Album mini ini termasuk dengan lagu "Favorite" dan dikeluarkan pada 20 Ogos 2018 bersama dengan single utama, "Hi High".[21] edisi semula album [+ +], bertajuk [XX] (dibaca sebagai multiple multiple) telah dikeluarkan pada 19 Februari 2019, dengan enam trek tambahan, termasuk single baru, "Butterfly".[22] Pada 17 Ogos 2019, Loona membuat penampilan pertama mereka di Amerika Syarikat, membuat persembahan di KCON 2019 di Los Angeles. On December 13, 2019, Pada 13 Disember 2019, Loona mengeluarkan single bertajuk "365" sebagai lagu penghargaan untuk peminat mereka.[23]

pada 7 Januari 2020, Blockberry Creative mengumumkan bahawa pemimpin HaSeul tidak akan mengambil bahagian dalam promosi album yang akan datang kerana masalah kesihatan. Dia dikatakan didiagnosis dengan "intermittent anxiety symptoms (simptom kegelisahan sekejap)" dan akan meluangkan masa untuk memberi tumpuan kepada kesihatannya.[24] Pada 5 Februari 2020, Loona mengeluarkan album mini kedua mereka yang bertajuk [#] (dibaca sebagai hash), bersama dengan single utama "So What".[25] Walaupun HaSeul tidak memberikan kontribusi untuk tajuk lagu, suaranya masih dapat didengar pada tiga lagu di album, termasuk "365". Pada 12 Mac 2020, Loona memenangi anugerah program muzik pertama dengan lagu "So What" di Mnet M Countdown.[26]

Pada 19 Oktober 2020, Loona akan megeluarkan album mini ketiga mereka yang bertajuk [12:00] (dibaca sebagai midnight).[27] Pada 17 September, Blockberry Creative mengesahkan bahawa Haseul tidak akan terlibat dalam comeback kali ini, atas keputusannya sendiri untuk memberi tumpuan kepada pemulihan kesihatannya.[28]