Taksonomi Lophoceros

Genus Lophoceros telah diperkenalkan pada tahun 1833 oleh semulajadiman Jerman, Wilhelm Hemprich dan Christian Gottfried Ehrenberg, untuk menampung Buceros [Lophoceros] forskålii.[1] Ia kini dianggap sebagai sinonim muda bagi subspesies penama enggang kelabu Afrika (Lophoceros nasutus nasutus).[2] Nama genusnya menggabungkan lophos dari bahasa Yunani Purba yang bermaksud "gombak" dengan keros yang bermaksud "tanduk".[3]

Spesies-spesies yang kini diletakkan dalam genus tersebut dahulunya termasuk dalam genus Tockus. Kajian filogenetik molekul yang diterbitkan pada tahun 2013 mendapati bahawa Tockus dibahagikan dengan perpecahan filogenetik yang mendalam kepada dua kumpulan utama. Oleh itu, genus Lophoceros dibangkitkan untuk mengandungi salah satu kumpulan tersebut.[4][5]

Spesies

Genus tersebut mengandungi 7 spesies:[5]

GambarNama saintifikNama lazimTaburan
Lophoceros alboterminatusEnggang jambultimur laut Afrika
Lophoceros bradfieldiEnggang Selatan Afrikautara Botswana, selatan Anggola, dan timur Zimbabwe
Lophoceros fasciatusEnggang sawitGambia ke barat Uganda dan utara Anggola
Lophoceros hemprichiiEnggang HabsyahDjibouti, Eritrea, Habsyah, Kenya, Somalia, Sudan Selatan, dan Uganda
Lophoceros pallidirostrisEnggang paruh pucatAnggola, Republik Demokratik Konggo, Kenya, Malawi, Mozambik, Tanzania, dan Zambia.
Lophoceros nasutusEnggang kelabu AfrikaAfrika Sub-Sahara dan ke Arab
Lophoceros camurusEnggang kerdil paruh merahAngola, Benin, Kamerun, Republik Afrika Tengah, Republik Konggo, Republik Demokratik Konggo, Pantai Gading, Guinea Khatulistiwa, Gabon, Ghana, Guinea, Liberia, Nigeria, Sierra Leone, Sudan Selatan, dan Uganda.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Lophoceros http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta... https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/23438388 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://www.researchgate.net/publication/267763194 https://archive.org/stream/Helm_Dictionary_of_Scie... https://www.biodiversitylibrary.org/page/48510060 https://doi.org/10.1016%2Fj.ympev.2013.02.012 https://doi.org/10.1016%2Fj.ympev.2013.05.008 https://www.inaturalist.org/taxa/512157 https://www.worldbirdnames.org/bow/mousebirds/