Status Lorikeet_Pelangi

Secara keseluruhan, Lorikeet Pelangi tersebar luas dan biasa. Ia dengan itu dianggap Kurang DIbimbangkan oleh "BirdLife International". Status bagi spesies kecil tempatan lebih terancam, terutamanya T. h. rosenbergii (yang kemungkinannya boleh dianggap spesies berbeza) akibat ancaman kehilangan habitat dan penangkapan bagi perdagangan parrot.[6][12]

Sebagai perosak

Diperkenalkan ke Australia Barat

Lorikeet Pelangi terlepas ke barat daya negeri Australia Barat berhampiran Universiti Australia Barat pada tahun 1960-an dan mereka sejak itu telah dikelaskan sebagai perosak.[2]Lorikeet Pelangi juga terdapat di New Zealand, terutama sekitar kawasan Auckland. Jabatan Pemuliharaan New Zealand telah mengistiharkan mereka sebagai perosak dan melaksanakan kaedah bagi mengawal dan menghapuskan mereka.[3][8]

Ramai pemilik kebun buah menganggap mereka sebagai perosak, kerana mereka terbang berkawan dan menghabiskan pokok yang mempunyai buah segar. Dikawasan bandar, burung ini menghasilkan bunyi bising dan mengotorkan kawasan sekitar dan kenderaan dengan najis mereka.[8]

Di Australia Barat, kesan utama Lorikeet Pelangi adalah persaingan dengan burung tempatan asal. Ini termasuk penguasaan sumber makanan, dan persaingan bagi ruang lubang yang terhad.[8] Burung seperti Lorikeet Kepala Ungu Glossopsitta porphyrocephala dan Kakaktua Hitam Carnaby Calyptorhynchus latirostris teruk terjejas atau digantikan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Lorikeet_Pelangi http://www.nationalparks.nsw.gov.au/npws.nsf/Conte... http://www.agric.wa.gov.au/pls/portal30/docs/FOLDE... http://www.sciencewa.net.au/index.php?option=com_c... http://www.michianabirdsociety.com/lorikeet.htm http://www.wikipetbird.com/parrots:swainson-s-lori... http://web.archive.org/web/20050719230126/http://w... http://www.biodiv.org/doc/case-studies/ais/cs-ais-... http://www.birdlife.org/datazone/species/index.htm... http://www.birdlife.org/datazone/species/index.htm... //doi.org/10.1071%2FMU9920187