Kerjasama Lotus_Cars

  • Lotus Cortina—versi Lotus bagi kereta Ford Cortina Mk. I.
  • Lotus Talbot Sunbeam—model rali "hot hatch" Talbot pada awal 80-an.
  • Vauxhall Lotus Carlton (juga dikenali sebagai Opel Lotus Omega, nama dalaman Lotus Type 104) - Pada masa tersebut (awal 1990-an) model ini merupakan model kereta sedan terpantas Lotus, dengan kelajuan maksimum melebihi 274 km/j.
  • Model 1991 Dodge Spirit R/T dengan versi enjin K-car 2.2 L 16 injap DOHC dengan pembangunan enjinnya diketuai Lotus, menghasilkan 220bhp.
  • Vauxhall VX220 (juga Opel Speedster) - dihasilkan oleh Lotus serta berasaskan kerangka aluminium yang sama dengan Lotus Elise. Pengeluaran dihentikan pada tahun 2005.
  • Lotus mereka serta membantu proses kejuruteraan model Tesla Roadster, sebuah kereta sport elektrik, di samping melesenkan teknologi tersebut kepada Tesla Motors serta membina model roadster tersebut di kilang mereka di Hethel.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap kebanyakan reka bentuk, pembangunan serta proses ujian enjin LT5 DOHC V8 bagi kereta Chevrolet Corvette ZR-1.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek bagi motosikal tiga roda Sinclair C5.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap penentukuran sistem gantungan kereta Toyota MR2 Mk. I, Toyota Supra Mk. II dan Mk. III, Isuzu Piazza, Isuzu Impulse di samping pelbagai model kereta Proton.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap pembangunan enjin Campro bersama-sama Proton[2], di samping sistem pemasaan injap boleh laras enjin tersebut iaitu Penukaran Profil Sesondol (CPS). Terdapat dalam varian 1.6L dan 1.3L, enjin Campro kini digunakan pada kebanyakan model baru Proton.
  • Lotus telah menala sistem gantungan Mahindra Scorpio untuk menjadikannya stabil pada kelajuan tinggi.
  • Lotus menjadi rakan ZAP bagi merekabentuk kenderaan elektrik seterusnya, ZAP-X, berasaskan kenderaan konsep APX.