Plot Love_is_Cinta

Filem ini mengisahkan tentang Ryan dan Cinta yang berkawan sejak dulu dan mereka baru saja habis belajar. Meskipun, Ryan dan Cinta sedemikian dekatnya, tetapi mereka tidak pernah mengungkapkan hubungan mereka kerana diantara mereka hanya sempat terucap kata "love". Suatu ungkapan yang menimbulkan ketidakpastian, bahkan pada suatu hari ketika mereka harus berpisah kerana Ryan akan melanjutkan pelajarannya di Amerika. Namun sesuatu peristiwa merubah segalanya. Cinta kecewa kerana Ryan pergi tanpa memberikan kepastian hubungan mereka. Sedangkan Ryan merasa dirinya harus menyampaikan kepastian bahawa 'ada cinta' darinya untuk Cinta. Ryan merasa urusan yang belum diselesaikan ini sungguh mengelisahkan jiwanya. Dia tidak akan pergi sebelum memberikan kepastian tentang hubungannya walaupun Ryan harus menjadi orang lain, iaitu Doni.

Dia berusaha menghubungi Cinta tetapi menemui kesulitan. Bahkan ibubapanya pun tidak mempercayai bahawa dirinya sesungguhnya adalah Ryan. Persoalan semakin bertambah rumit ketika Ryan mengetahui bahawa Doni ialah seorang homo sehingga kemunculannya kembali disambut dengan sangat mesra oleh Papi, kekasih Doni. Pelbagai cara dilakukan Ryan untuk membuktikan cintanya kerana disamping masa yang dimilikinya sangat singkat, kerana Cinta kini telah dekat dengan Ivan. Setelah pelbagai cara Ryan akhirnya berjaya menyakinkan ibubapanya dan juga Mona, adik kepada Cinta. Tetapi Ryan masih gagal menyakinkan Cinta. Cinta memang merasa bahawa Doni memang betul-betul mirip dengan Ryan, tetapi dia tidak boleh menerima orang yang di hadapannya sesungguhnya adalah Ryan. Disamping itu, Mona terus berusaha untuk menyakinkan Cinta. Cinta menjadi ragu tetapi tetap sulit menerimanya.

Ryan sudah putus asa kerana waktu yang diberikan kepadanya sudah habis. Namun dia sempat berkata kepada Cinta. Di saat terakhirnya akan pergi ke tempat yang biasa dia bersama Cinta, untuk mengatakan hal yang sama selama ini yang belum diucapkannya. Ryan pergi ke tempat itu untuk kali terakhir. Pada masa yang sama, Ivan yang semakin dekat dengan Cinta, mengatakan Cintanya. Cinta menjadi bimbang hingga pada akhirnya yang menentukan, Cinta memilih untuk pergi meninggalkan Ivan dan menuju ke tempat biasa dia berjumpa dengan Ryan. Di tempat itu, Cinta datang untuk mendapatkan kepastian sehingga akhirnya Cinta bukan saja mendapatkan kepastian yang dihadapinya bersama Ryan. Tetapi juga kepastian tentang hubungan mereka yang belum terucapkan. Ryan membawa Cinta dalam sebuah moment yang tak dilupakan dan kini Cinta dan Ryan mempunyai peluang untuk mengucapkan kata-kata yang selama ini belum pernah terucapkan. Mereka tahu bagaimana perkataan "love" mesti diterjemahkan Cinta. Love is Cinta.