Keterangan Loxocemidae

Sebagai satu-satunya ahli keluarganya, hubungannya dengan ular-ular yang lain tidak dikenali. Ia menyerupai ahli-ahli Pythonidae dari beberapa segi, tetapi memandangkan kumpulan itu tidak ditemui di benua Amerika,maka ia dipercayai tiada pertalian. Menurut Noonan & Chippindale (2006), ia paling rapat dengan ular sawa dari kawasan Australia/New Guinea (Morelia dan Aspidites).

Ular dewasa mencapai kepanjangan maksimum 1.57 m (62 in).[5] dan purata kira-kira 91 cm (3 kaki). Badannya gempal dan agak berotot. Mancungnya berbentuk penyodok, kepalanya tirus dan matanya halus untuk membantu pengorekan. Spesies ini diperikan sebagai hidupan darat yang separa fosorial,[5] oleh itu sukar untuk diperhatikan dan dikaji. Corak warnanya lazimnya gelap dengan tompok-tompok sisik putih, namun kadang-kadang semua pigmennya hilang selepas menyalin kulit sehingga menjadi ular putih yang hanya tinggal tompok gelap kecil pada kepalanya.