Sejarah Lucera

Zaman purba dan awal Zaman Pertengahan

Lucera adalah sebuah kota purba yang diasaskan di Daunia, pusat wilayah Dauni (kini Apulia). Penggalian arkeologi menunjukkan kewujudan sebuah kampung Zaman Gangsa di dalam sempadan kota. Lucera berkemungkinan dinamakan sempena Lucius, seorang raja Dauno mitos, atau sebuah kuil yang ditujukan pada dewi Lux Cereris. Kemungkinan ketiga ialah kota itu diasaskan dan dinamakan oleh orang Etruskan, yang mungkin nama itu bermaksud Kayu Suci (luc = kayu, eri = suci).

Pada tahun 321 SM, tentera Rom tertipu dengan menyangkakan bahawa Lucera dikepung oleh orang Samnium. Hurrying to relieve their allies the army walked into an ambush and were defeated at the famous Battle of the Caudine Forks.Segera untuk menyelamatkan sekutu mereka, tentera Rom diserang hendap dan dikalahkan dalam Pertempuran Caudine Forks. Orang Samnium menawan Lucera tetapi diusir keluar selepas satu pemberontakan. Kota itu meminta perlindungan dari Rom dan pada tahun 320 SM permintaan itu diterima dengan status Colonia Togata yang bermaksud ia diperintah oleh Senat Rom. 2500 orang Rom berpindah ke Lucera untuk mengukuhkan ikatan antara kedua-dua kota. Sejak dari itu, Lucera terkenal sebagai penyokong tegar Rom.

Semasa perang saudara penghujung Republik, Pompey membuka markas besarnya di Lucera, tetapi meninggalkan kota itu apabila Julius Caesar menghampirinya. Lucera dengan pantas mengalihkan taat setianya dan belas kasihan Caesar mengelakkan kemusnahan daripada menimpa. Dalam perang saudara berikutnya antara Octavian dan Mark Anthony, kota itu tidak terlepas dengan mudah. Selepas perang itu, Octavian menempatkan ramai askar veteran di tanah-tanah kota yang musnah itu. Ini membantu Lucera pulih dengan pantas dan menandakan satu era kemakmuran yang baru. Banyak mercu tanda Rom yang masih tersisa berasal daripada zaman Augustus, antaranya gelanggang Lucera.

Gelanggang Lucera.

Dengan kejatuhan Empayar Rom Barat, kota Lucera mengalami kejatuhan. Pada tahun 663 ia ditawan daripada orang Lombard dan dimusnahkan oleh Maharaja Rom Timur Constans II.

Zaman Islam

Maklumat terperinci: Penempatan Muslim Lucera

Pada tahun 1224 M, Maharaja Rom Suci Frederick II, sebagai membalas terhadap kebangkitan keagamaan di Sicily, telah menghalau semua orang Islam dari pulau itu, dengan memindahkan mereka ke Lucera - "Lugêrah" dalam sebutan bahasa Arab - selama dua dekad berikutnya. Di dalam persekitaran yang dikawal ini, mereka tidak mampu mencabar kekuasaan diraja dan mereka memberi manfaat kepada istana dengan cukai dan khidmat tentera. Bilangan mereka akhirnya mencecah antara 15,000 dan 20,000, lalu menyebabkan Lucera dipanggil Lucaera Saracenorum disebabkan ia mewakili benteng terakhir bagi kewujudan Islam di Itali. Semasa masa aman, orang Islam di Lucera sebahagian besarnya adalah petani. Mereka menanam gandum durum, barli, kekacang, anggur dan buah-buahan lain. Orang Islam juga memelihara lebah untuk mendapatkan madu.[2]

Koloni itu berkembang maju selama 75 tahun sehinggalah ia dijarah pada tahun 1300 oleh pasukan tentera Kristian di bawah perintah Charles II dari Naples. Penghuni bandar itu yang beragama Islam diusir atau dijual sebagai hamba,[3] dengan ramai yang mencari perlindungan di Albania di seberang Laut Adriatik.[4] Masjid-masjid mereka yang ditinggalkan diruntuhkan dan gereja-gereja biasanya dibina di atas tapak masjid-masjid itu, termasuklah Gereja Besar S. Maria della Vittoria.[5]

Gereja Besar Lucera pernah diubah menjadi sebuah masjid semasa penempatan Muslim Lucera yang singkat.

Setelah orang Islam dihalau dari Lucera, Charles cuba menempatkan orang Kristian di bandar itu. Orang Islam yang bertukar agama kepada Kristian memperoleh kembali harta mereka, namun tiada seorang pun yang dipulihkan kepada kedudukan politik atau pengaruh ekonominya sebelum ini. Semakin masa berlalu, pengeluaran bijirin di bandar itu jatuh, dan pada tahun 1339 bandar itu dilanda kebuluran. Sementara orang Kristian dibenarkan bertani sebagaimana orang Islam, kehilangan petani Muslim mungkin menjadi sebab kepada kebuluran itu.[6]

Penyumbangan genetik barat laut Afrika yang signifikan di kalangan penghuni masa kini berhampiran kawasan Lucera didedahkan oleh kajian genetik terbaru pada 2009[7].

Istana kota Hohenstaufen