Lucius_Cornelius_Sulla
Lucius_Cornelius_Sulla

Lucius_Cornelius_Sulla

Lucius Cornelius Sulla Felix[1] (c. 138 BC – 78 BC), biasanya dikenali sebagai Sulla, merupakan jeneral dan negarawan Rom. Dia menonjol kerana memegang jawatan konsol Rom sebanyak dua kali, dan juga sebagai ditaktor Rom. Dia merupakan salah seorang agung yang disanjung dalam sejarah Rom, dimasukkan dalam himpunan biografi ahli politik dan jeneral, berasal dari himpunan biografi Rom terkenal, diterbitkan oleh Marcus Terentius Varro. Dalam Sulla Plutarch, siri terkenal - Kehidupan Selari ("Parallel Lives"), Sulla dipasangkan bersama jeneral dan pakar strategi Spartan Lysander.Jawatan ditaktor Sulla muncul semasa kemuncak dalam pergelutan antara optimates dan populares, yang sebelumnya cuba mengekalkan kuasa oligarchy dalam bentuk Senate sementara yang berikutnya berpaling dalam kebanyakan kes populism tulin (kepopularan sepenuhnya), emuncak dengan ditaktorship Caesar. Sulla merupakan jeneral yang tulin, berbakat dan mahir, tidak pernah kalah dalam pertempuran; dia kekal sebagai orang tunggal yang telah menyerang dan menduduki kedua-dua Athens dan Rome. Saingannya, Gnaeus Papirius Carbo, menggambarkan Sulla sebagai memiliki kepintaran rubah dan keberanian seekor singa - tetapi yang sebelumnya dianggap olehnya sebagai jauh lebih merbahaya. Campuran ini kemudiannya dirujuk oleh Machiavelli dalam gambarannya bagi ciri-ciri ideal bagi seseorang pemerintah.[2]Sulla menggunakan tenteranya untuk berbaris ke perang saudara Sulla sebanyak dua kali, dan selepas kali kedua dia menghidupkan kembali jawatan diktator, yang tidak pernah digunakan sejak Perang Punik Kedua lebih satu kurun sebelumnya. Dia menggunakan kuasanya bagi melaksanakan beberapa siri pembentukan semula Perlembagaan Rom, bertujuan bagi mengembalikan keseimbangan kuasa antara Senate Rom dan Tribune Plebeian; dia kemudiannya mengejutkan Dunia Rom (dan selamanya) dengan meletak jawatan ditaktor, mengembalikan kerajaan berpelembagaan normal, dan selepas Consulship keduanya, bersara pada kehidupan persendirian.

Lucius_Cornelius_Sulla

Lahir ca. 138 BC
Rom, Republik Rom
Didahului oleh Gnaeus Cornelius Dolabella and Marcus Tullius Decula
Pasangan Isteri pertama Julia Caesaris, Isteri kedua Aelia, isteri ketiga Cloelia, isteri keempat Caecilia Metella, isteri kelima Valeria
Digantikan oleh Appius Claudius Pulcher and Publius Servilius Vatia
Parti politik Optimate
Anak-anak Pompeia, Lucius Cornelius Sulla, Cornelia, Faustus Cornelius Sulla, Cornelia Fausta, Cornelia Postuma
Meninggal dunia 78 BC (usia sekitar 60)
Puteoli, Republik Rom

Rujukan

WikiPedia: Lucius_Cornelius_Sulla http://books.google.bg/books?id=Z0Ykf4G40EMC&pg=PA... http://books.google.com/books?id=1DwOAAAAQAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=xOr9XsicOs8C&pg=P... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Gazetteer/Pl... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/... http://penelope.uchicago.edu/Thayer/E/Roman/Texts/...