Kerjaya Lufya_Omar

Lufya mula terlibat dalam bidang seni apabila menyertai pertandingan Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada tahun 2008. Kemunculan Lufya dalam bidang ini juga mula mendapat tumpuan dari peminat di Malaysia setelah muncul dalam pertandingan tersebut. Seterusnya, beliau juga mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan dan telah banyak membintangi beberapa drama dan telefilem.

Pada tahun 2014, lagu ciptaan dan dinyanyikan oleh Lufya iaitu Doaku dijadikan lagu runut untuk drama Ramadan Jangan Pergi yang disiarkan di TV3. Lagu yang dicipta oleh beliau pada tahun 2012 itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar Malaysia sama ada positif atau negatif.

Pada tahun 2015, Lufya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bidang nyanyian selepas mula berhijab pada Februari 2015 setelah memikirkan secara mendalam dalam membuat keputusannya itu. Bagi beliau, keputusan itu adalah tindakan terbaik dan beliau mempunyai sebab tersendiri untuk menarik diri dari bidang itu. Namun, beliau akan tetap menerima tawaran lakonan tetapi akan lebih selektif terhadap tawaran diberikan dan menerima watak yang bersesuaian dengan imej beliau yang berhijab. [2] [3]

Pada tahun 2017, Lufya dan suami telah mengeluarkan baju jenama sendiri iaitu Lulu & Ken bersempena hari raya yang akan datang. [4]

Rujukan

WikiPedia: Lufya_Omar http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/lufya-bakal-... http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/lufyaa-af-sa... http://www.agendadaily.com/Hiburan/rezeki-bertudun... http://www.bharian.com.my/node/287876 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...