Sejarah Lunarsolar

Pra-debut

Sebelum ini Taeryeoung adalah peserta untuk rancangan Produce 101 musim 1 tetapi dia tersingkir dan berada di tempat ke-57. Dia juga merupakan peserta dalam Mix Nine tetapi tersingkir dan berada di tempat ke-46. Dia merupakan bekas ahli kumpulan wanita A-Daily dan juga dari kumpulan gadis pra-debut dari ONO Entertainment (ONO Girls).

Jian adalah bekas ahli dari kumpulan wanita S.E.T dan dia jugan mengambil bahagian dalam rancangan The Unit: Idol Rebooting Project tetapi tersingkir dan berada tempat ke-61. Dia muncul di I Can See Your Voice musim 7.

Yuuri adalah bekas ahli kumpulan wanita Jepun I'S9 pada tahun 2013.

2020: Debut dengan SOLAR: flare

Pada 12 Julai 2020, JPlanet Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan mendebutkan kumpulan wanita pertama dengan 4 ahli dan selepas itu mereka mengeluarkan teaser pertama.[2][3][4] Syarikat itu perlahan-lahan mendedahkan ahli dengan inisial mereka, diikuti dengan nama pentas penuh mereka.[5]

Kumpulan ini debut pada 2 September 2020 dengan album single pertama mereka SOLAR: flare, bersama dengan video muzik untuk single utama "Oh Ya Ya".[6][7]

Rujukan

WikiPedia: Lunarsolar http://www.xportsnews.com/?ac=article_view&entry_i... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... https://www.facebook.com/LUNARSOLAR.official/ https://tenasia.hankyung.com/music/article/2020071... https://www.instagram.com/lunarsolar.official/ https://twitter.com/lunarsolar_/ https://www.youtube.com/c/JJOA_JPLANETENT/ https://www.edaily.co.kr/news/read?newsId=01151286... https://www.edaily.co.kr/news/read?newsId=01197206... https://www.mk.co.kr/star/musics/view/2020/07/7142...