Profil Luncai_Emas

Ditubuhkan pada 5 Januari 1990, Luncai Emas Sdn Bhd telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat penerbitan muzik yang paling berjaya di Malaysia.

Dipelopori oleh penyanyi, pemuzik, komposer, penulis lagu terkemuka Malaysia, Datuk M. Nasir, objektif Luncai Emas Sdn Bhd adalah ke arah mewujudkan keseimbangan seni dan komersialisme, pada masa yang sama menyesuaikan perubahan kepada trend muzik dan kaedah perniagaan. Syarikat ini mempunyai katalog yang memuatkan lebih 4,000 lagu, Luncai Emas Sdn Bhd mempunyai cara kreatif dan pentadbiran gaya tersendiri untuk mengekalkan bertapak kukuh dalam industri muzik Malaysia pada tahun-tahun akan datang.