M._Daud_Kilau
M._Daud_Kilau

M._Daud_Kilau

Datuk Muhammad Daud Bin Kilau atau lebih dikenali sebagai Datuk M Daud Kilau merupakan seorang penyanyi Malaysia, Singapura. Dilahirkan pada 10 Julai 1938 di Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak beliau merupakan anak bongsu daripada 10 beradik.Beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.Bagi menghargai jasanya dalam dunia seni, bekas artis rakaman IMI itu dikurniakan darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1991 yang membawa gelaran Datuk.

M._Daud_Kilau

Pekerjaan Penyanyi
Pasangan Asmah Md. Noor, Datin Rohani Awang Ngah
Anak Ahmad Zaini
Tahun aktif 1968–2019
Saudara anak bongsu daripada 10 beradik
Kelahiran Muhammad Daud Bin Kilau
(1938-07-10) 10 Julai 1938 (umur 81)
Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak, Tanah Melayu (kini  Malaysia)
Kediaman Singapura
Kuala Lumpur (kini)