M60-2000

General Dynamics 120S (atau M60-2000) adalah merupakan sebuah kereta kebal yang dipertingkatkan daripda model M60 Patton. Pembangunan M60-2000 dilakukan ekoran beribu-ribu unit kereta kebal utama M60 yang berada di dalam perkhidmatan di dunia tidak mampu memberi kuasa secukupnya bagi menentang kereta kebal utama yang lebih moden. General Dynamics Land Systems memikirkan satu program tingkat upaya di mana mereka telah menawarkan banyak ciri-ciri yang terdapat pada M1A1 Abrams untuk dipasang pada pengguna M60 pada harga yang lebih rendah.Antara kit penukaran M60-2000 yang dibekalkan oleh GDLS termasuk turet meriam dan meriam laras licin 120 mm (4.72in) pada M1A1/M1A2, akan dipasang pada M60. Versi tingkat upaya ini dipasarkan kepada pengguna M60 yang memiliki keupayaan untuk mengubah suai kereta kebal ini oleh mereka sendiri. Selain turet baru, satu enjin diesel dan sistem transmisi baru yang terdapat pada M1 juga dipasang pada M60-2000. Kesemua kelengkapan ini telah diuji pada kerangka standard M60.

M60-2000

TempatĀ asal Amerika Syarikat
Tinggi 2.89m (9 kaki 6in)
Senjatakedua 2 x mesingan 7.62 (0.3in) dan 1 x mesingan 12.7mm (0.50in)
Lebar 3.77m (12 kaki 5in)
Kelajuan 51.6 km/j (33 bsj)
Senjatapertama Meriam laras licin 120mm M256
Berat 56,520kg (55.6tan) (61.288 tan pendek)
Sistem ampaian Bar kilasan gantung
Kuasa/berat 22 hp/tan
Panjang 9.55m (31 kaki 4in) - panjang termasuk meriam
Armor Tidak diketahui
Enjin Enjin diesel General Dynamics Land Systems
895.5 kW (1200 hp)
Krew 4 (komander, jurumeriam, juruisi, pemandu)
Jarakoperasi 443 km (275 batu)
Jenis Kereta kebal utama