MEKO
MEKO

MEKO

MEKO adalah satu keluarga kapal perang yang dibangunkan oleh sebuah syarikat dari Jerman iaitu Blohm + Voss.MEKO adalah satu hak cipta dagang. Ia bermaksud untuk "Mehrzweck-Kombination" (bahasa Melayu; kombinasi pelbagai guna). MEKO merupakan satu konsep pembinaan kapal tentera laut moden berdasarkan kepada pemodulan persenjataan, elektronik dan peralatan lain, bertujuan untuk memyenangkan penyelenggaraan dan pengurangkan kos.Kapal-kapal MEKO termasuk keluarga frigat, korvet dan bot peronda luar pantai. Pembinaan kapal-kapal MEKO bermula pada akhir 1970-an dengan proses merekabentuk dan seterusnya pembinaan MEKO 360 H1 untuk Nigeria.Kapal-kapal di dalam kelas yang sama menggunakan sistem-sistem persenjataan yang berlainan. Sebagai contoh, bagi meriam utama, beberapa MEKO 200 menggunakan meriam Mk 45 Mod 2, manakala yang lain-lainnya menggunakan meriam laut Perancis 100 mm atau meriam Otobreda 76 mm.