MK_Land_FC

MK Land Football Club ialah sebuah kelab bola sepak Malaysia, yang berpangkalan di Selayang, Selangor. Kelab ini telah bermain di dalam Liga FAM Malaysia 2003 dan menjadi naib juara. Mereka kemudiannya dinaikkan ke Liga Premier Malaysia 2004 bersama dengan PKNS FC. Mereka menarik diri dari menyertai Liga Perdana Malaysia 2005-06 kerana masalah kewangan. Akibatnya, mereka dilarang menyertai semua kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh FAM selama 5 tahun.Pada tahun 2014, kelab ini bertanding di dalam Liga Negeri FAS. [1] Pengurusan kelab ini juga telah bercadang untuk kembali menyertai Liga Malaysia setelah menyepi selama 7 tahun. Jadi, kelab ini perlu bertanding di dalam Liga FAM Malaysia. Mereka juga mengambil pengurus dan jurulatih baharu dalam menghadapi Liga Negeri FAS musim 2014.