Sejarah MPPJ_FC

Kelab ini mewakili Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Stadium utama mereka, Stadium MPPJ berkapasiti 25,000. Mereka diberi gelaran "The Black Widows", dan turut diberi gelaran "Gergasi Biru Selangor".

Pasukan ini mendapat markah merit untuk memasuki Liga Super selepas bejaya memenangi Piala Malaysia 2003 menewaskan Sabah menerusi jaringan pemain emas mereka, Juan Manuel Arostegui yang menjaringkan hatrik pada malam final tersebut. Selain itu juga, faktor kemenangan mereka ialah disebabkan mempunyai jurulatih yang berwibawa(Dollah Salleh) yang berjaya membimbing pasukan ini menjadi juara.

Langit tidak selalu cerah. Prestasi pasukan ini mula merudum apabila tonggak utama mereka (Juan Manuel Arostegui) & jurulatih mereka (Dollah Salleh) telah berhijrah ke Selangor selain perpindahan pemain akibat masalah kewangan menyebabkan pasukan ini mulai merudum prestasi mereka. Ini menyaksikan pasukan ini terpaksa menarik diri selepas mereka gagal untuk menghantar penyertaan pasukan mereka untuk bertanding dalam Liga Malaysia untuk musim 2007.