Sejarah MacOS

Mac OS X diasaskan daripada sistem pengendalian OpenStep. OpenStep dibina oleh syarikat Next, yang diketuai pengasas Apple Computer, Steve Jobs. Pada akhir dekad 90an, Apple memerlukan sistem pengendalian yang baru sebagai pengganti sistemnya sendiri, Mac OS. Syarikat Apple bersetuju untuk membeli syarikat Next pada tahun 1996 supaya dapat memiliki OpenStep. Apple mengubahsuai OpenStep pada tahun-tahun seterusnya, dan akhirnya menghhasilkan Mac OS X 10.0. OS X memerlukan teknik dan bahasa perisian yang berbeza daripada Mac OS 9. Walau bagaimanapun, perisian Mac OS 9 dan sebelumnya dapat digunakan pada OS X dalam mod "Classic."