Macbeth_(drama)
Macbeth_(drama)

Macbeth_(drama)

Macbeth (Jawi: ميكبث; juga dikenali sebagai Tragedi Macbeth) ialah sebuah drama duka oleh William Shakespeare dan dijangka pertama kalinya dilakonkan pada tahun 1606.[lower-alpha 1] Ia menunjukkan kesan buruk cita-cita politik yang dilakukan demi kepentingan diri sendiri, yang juga merosakkan fizikal dan mental manusia. Antara semua drama yang Shakespeare pernah tulis di zaman raja James I yang meminati kumpulan lakonan Shakespeare, Macbethlah yang paling mencerminkan hubungan beliau dengan pemerintahnya.[1] Ia diterbitkan buat pertama kalinya dalam Folio 1623, kemungkinan berdasarkan skrip bantu ingat, dan ialah kisah tragedi terpendek Shakespeare.[2]Seorang panglima Scotland bernama Macbeth mendapat ramalan daripada tiga nenek kebayan ahli sihir, bahawa beliau akan naik menjadi Raja Scotland. Setelah diapi-apikan isterinya, Macbeth membunuh Raja Duncan dan merampas takhta negeri Scotland. Beliau kemudiannya dipalu perasaan serba salah dan paranoia. Selepas melakukan lebih lagi pembunuhan untuk melindungi dirinya daripada hasad dan wasangka, beliau menjadi seorang pemerintah berkuku besi. Pertumpahan darah dan perang saudara yang berikutan menjerumus Macbeth dan Lady Macbeth ke alam kegilaan dan maut.Kisah asal yang menjadi rujukan drama ini adalah kisah Macbeth, Raja Scotland, Macduff, dan Duncan dalamHolinshed's Chronicles (1587), sebuah sejarah England, Scotland, dan Ireland yang diterkenal di zaman Shakespeare, namun peristiwa dalam drama ini amat berbeza daripada kisah sebenar Macbeth. Peristiwa dalamnya biasa dikaitkan dengan hukuman bunuh Henry Garnet kerana bersubahat dalam Rancangan Serbuk Bedil pada 1605.[3]Di sebalik tabir dunia teater, ada yang percaya bahawa pementasan ini disumpah dan dilarang menyebut nama drama itu kuat-kuat, kecuali disebut dengan nama lainnya "<i>The Scottish Play</i> (Pementasan Scottish)". Setelah berabad, drama ini menarik ramai pelakon terkenal untuk melakonkan watak Macbeth dan Lady Macbeth. Ia telahpun dipadankan untuk tayangan filen, televisyen, opera, novel, komik, dan wahana lain.