Macky_Sall
Macky_Sall

Macky_Sall

Macky Sall (lahir 11 Disember 1961[1]) ialah seorang ahli politik Senegal yang terpilih sebagai Presiden Senegal pada Mac 2012; beliau dijangka mengangkat sumpah pada 3 April 2012. Di bawah Presiden Abdoulaye Wade, Sall menjadi Perdana Menteri Senegal dari April 2004 hingga Jun 2007 dan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Senegal dari Jun 2007 hingga November 2008.[2] Beliau pernah menjadi Datuk Bandar Fatick dari 2002 hingga 2008 dan kemudian dari April 2009 hingga kini.Sall merupakan anggota lama Parti Demokratik Senegal (PDS). Selepas berkonflik dengan Presiden Wade, beliau disingkirkan daripada jawatan Presiden Perhimpunan Kebangsaan pada November 2008; lantas beliau mengasaskan parti baharu dan menyertai pembangkang. Mendapat tempat kedua dalam pusingan pertama pilihan raya presiden Februari 2012, beliau mendapat sokongan calon pembangkang lain dan berjaya mengatasi Wade dalam pusingan kedua pada 25 Mac.[3]