Biografi Madeline_Zima

Zima dilahirkan di New Haven, New Haven County, Connecticut, oleh pasangan Marie and Dennis Zima. Beliau turut mempunyai dua orang adik perempuan, Vanessa dan Yvonne yang juga merupakan pelakon.[1]

Zima memulakan kerjaya lakonan semenjak berusia 23 bulan apabila terpilih untuk iklan TV pati pelembut fabrik, Downy.[2] Beliau memegang watak Grace Sheffield menerusi siri The Nanny selama enam tahun. Selain itu, beliau juga terkenal menerusi beberapa buah filem seperti The Hand That Rocks the Cradle, A Cinderella Story, Dimples, Looking for Sunday, Once in a Very Blue Moon dan Legacy.

Pada tahun 2007, Zima melakonkan watak sebagai Mia Lewis, menerusi siri Californication. Beliau turut melakonkan adengan seks dengan David Duchovny, sesuatu yang berbeza dengan watak-wataknya sebelum ini.