Maduvu

Maduvu (Bahasa Tamil: மட்டுவு), juga dikenali sebagai Maru , Madu atau Maan Kombu yang bermaksud tanduk rusa , adalah salah satu daripada senjata yang digunakan didalam seni mempertahankan diri Silambam dan Kalari Payat. Kewujudan bermula dikalangan orang Dravidian di India Selatan di era ke-7 sebelum masihi, adalah satu-satunya senjata yang diperbuat hanya dengan Tanduk Rusa (Maan Kombu) digunakan dahulu-kala untuk berperang atau mempertahankan diri daripada binatang buas. Senjata ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya hujung tanduk tersebut ditikam pada organ penting manusia. Pelatih atau pakar seni silambam mengunakan senjata Maduvu ini dengan beberapa cara untuk menangkis serangan atau membuat serangan balas.[1]Perlawanan Maduvu selalunya dimulakan dengan memberi penghormatan pada Guru Silambam, pasukan lawan dan penyokong yang hadir. Ini dikenali sebagai Maduvu Sala-Varisai (juga dikenali sebagai Salam Varisai), yang dibuat secara ringkas.