Maharaja_Lawak_Mega_2018

Maharaja Lawak Mega 2018 kembali dengan menampilkan 14 peserta terdiri daripada 12 kumpulan (duo & trio) serta 2 pelawak solo. Pada tahun ini, tema Sarkas diangkat sebagai pemilihan montaj. Rancangan realiti bersiri kegemaran ramai terbitan Astro ini mula ditayangkan di saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Astro Warna HD (Saluran 124) bermula 2 November 2018 - 18 Januari 2019, setiap Jumaat jam 10:00 malam. Kejutan buat para penonton dimana bermula 23 November 2018, rancangan ini akan diawalkan waktunya kepada jam 9:00 malam.