Menu
Mahathir:_The_Journey KritikanMeskipun Mahathir: The Journey belum menjalani penggambaran, pada November 2019, filem ini mendapat tentangan daripada anak sulung Mahathir, Marina yang menganggap biopik bapanya memalukan dan tidak pernah mendapat kebenaran daripada keluarganya.[13] Menerusi laman Twitter, Marina tampil menjelaskan bahawa beliau dan ahli keluarganya yang lain tidak mengetahui kewujudan filem itu, malah hanya mengetahui kewujudan wataknya menerusi media. Beliau menulis: "Tiada keizinan daripada mana-mana pihak kami untuk ini! Keluarga saya lebih suka tiada sesiapa menghasilkan filem, filem biografi, muzikal, kartun atau apa saja mengenai kami kerana ia memalukan. Tetapi jika anda mahu teruskan, jangan paksa kami lihat (hasilnya)".[lower-alpha 1][14][15] Perdana Menteri, Mahathir dilaporkan enggan memberikan kenyataan apabila ditanya mengenai restu yang diperolehi pihak terbabit mengenai kedudukan filem biografi mengenainya sambil menjawab ringkas: "Tu tak payah komen berkenaan keluarga terlibat,”.[16]
Menu
Mahathir:_The_Journey KritikanBerkaitan
Mahat Mahathir Mohamad Mahatma Gandhi Mahathir: The Journey Mahatao Mahat Gaun Mahat Bakar Mahates Mahalini Raharja Maharaja JepunRujukan
WikiPedia: Mahathir:_The_Journey http://www.variaseri.com/2019/12/01/mahathir-journ... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/mahathir... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://gempak.com/berita-terkini/perjalanan-filem... https://mahathirthejourney.com/en/ https://malaysiagazette.com/2019/11/11/azhar-jee-t... https://www.malaysiakini.com/hiburan/503049 https://www.projekmm.com/news/berita/2019/11/13/fi... https://bebasnews.my/?p=23220 https://origin.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20...