Doktrin Mahayana

Tidak banyak yang boleh dipastikan mengenai agama Buddha beraliran Mahayana, apatah lagi bentuk aslinya di India, selain amalan agama Buddha di China, Vietnam, Korea, Tibet, dan Jepun adalah berasaskan Mahayana.[6][7] Mahayana boleh disifatkan sebagai pelbagai ajaran berikatan longgar, yang mampu mengandungi pelbagai gagasan bercanggahan yang ditemui antara ajaran-ajaran berlainan tersebut.[8]

Mahayana ialah sebuah struktur keagamaan dan falsafah yang besar, yang merangkumi kepercayaan menyeluruh yang bercirikan penerimaan sutra Mahayana baru selain kitab Āgama yang terdahulu, serta peralihan dalam tujuan dan konsep asas agama Buddha. Aliran Mahayana dilihat sebagai semakin mendalami Dharma Buddha. Pengikut ajaran Mahayana cenderung melihat sutra-sutra Mahayana sebagai lebih bermanfaat dari segi rohani berbanding pendekatan bukan Mahayana terhadap Dharma. Oleh itu, Srimala Sutra mengakui bahawa Buddha pernah berkata bahawa ketaatan kepada Mahayana memang lebih unggul dari segi kemurniannya berbanding mengikut jalan Sravaka atau Pratyekabuddha.[9]

Lukisan Thanka Buddha Amithaba dalam agama Buddha Tibet.

Aliran Mahayana kurang menekankan gagasan pembebasan dari sengsara dan pengecapan Nirvana yang ditemui dalam aliran agama Buddha terawal. Prinsip-prinsip asas doktrin Mahayana mengetengahkan kebarangkalian pembebasan segala makhluk hidup dari sengsara (maka "perantara besar" namanya) serta kewujudan Buddha-Buddha dan Bodhisattva yang menjelmakan "sifat Buddha". Sesetengah aliran Mahayana meringkaskan pengungkapan kepercayaan dengan membolehkan takhlisan diperoleh melalui pengampunan Buddha Amitabha (अमिताभ) dengan membaca mantera kepada Amitabha dengan penuh kepercayaan dan ketaatan. Gaya hidup ketaatan Buddha ini paling banyak ditekankan oleh aliran Jingtu serta banyak menyumbang kepada kejayaan penyebaran Mahayana di Asia Timur, di maan unsur-unsur rohani selama ini bergantung pada dikir Buddha, dalam bentuk mantra atau dharani; pembacaan sutra Mahayana dan kebatinan. Dalam agama Buddha Cina, kebanyakan sami dan orang biasa mengamalkan aliran Jingtu, dan ada di kalangan mereka yang menggabungkannya dengan Chan (Zen).[10]

Kebanyakan aliran Mahayana percaya akan wujudnya sehimpunan separa dewa iaitu Bodhisattva (बोधिसत्त्व) mengabdikan diri mereka kepada kecemerlangan diri, pengetahuan mutlak, dan pentakhlisan segala manusia dan makhluk berperasaan yang lain (haiwan, syaitan, separa dewa, dsb.). Zen ialah cabang Mahayana yang tidak berapa menekankan kewujudan Bodhisattva, sebaliknya memberi tumpuan kepada aspek-aspek meditasi dalam agama. Dalam fahaman Mahayana, Buddha dipandang sebagai wujudan tertinggi dan mutlak yang sentiasa berada bila-bila masa, dalam segala makhluk, dan di mana-mana sahaja, manakala Bodhisattva pula melambangkan gagasan kecemerlangan kemuliaan sejagat.

Jadi secara amnya, agama Buddha Mahayana boleh disifatkan dengan:

Fahaman Mahayana “kefalsafahan” pula cenderung tertumpu ke arah tiga ciri-ciri utama (sarwajagat, kesedaran, belas kasihan) dan adakalanya sifat Buddha, tanpa menunjukkan minat terhadap kepercayaan ghaib, manakala Mahayana “ketaatan” pula banyak menumpukan kepada pentakhlisan di alam lain (cth. sutra Sukhavati).