Mahkamah_Agung_United_Kingdom
Mahkamah_Agung_United_Kingdom

Mahkamah_Agung_United_Kingdom

Mahkamah Agung United Kingdom didirikan oleh Bahagian III Akta Pindaan Perlembagaan 2005. Lord Chancellor telah mengumumkan bahawa ia akan bermula beroperasi pada Oktober 2009 apabila premis barunya siap direnovasi[1]. Penubuhan mahkamah ini dianggarkan sebanyak £56.9 juta.[2]Ia akan mengambil alih fungsi kehakiman House of Lords, yang kini dipunyai Lords of Appeal in Ordinary (Law Lords), satu kumpulan kecil ahli House of Lords. Ia juga akan mendapat beberapa fungsi Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi. Mahkamah ini akan menjadi mahkamah agung (mahkamah rayuan tertinggi) dalam semua perkara berkenaan undang-undang Inggeris, undang-undang Wales dan undang-undang Ireland Utara.Akan tetapi ia tidak akan ada kuasa keatas kes-kes jenayah di Scotland, di mana Mahkamah Tinggi Justiciary akan tetap menjadi mahkamah jenayah yang tertinggi. Tetapi ia masih akan mendegar rayuan dari Mahkamah Sesyen sivil, sepertimana House of Lords mendegarnya hari ini.Ia juga akan menentukan isu-isu devolisi, iaitu, kes dimana kuasa-kuasa ketiga-tiga kerajaan devolusi seperti pentadbiran Ireland Utara, kerajaan Scotland dan kerajaan Dewan Wales atau undang-undang yang dibuat oleh Dewan Ireland Utara, Parlimen Scotland dan Dewan Kebangsaan Wales dipersoalkan. Isu-isu ini kini didengari Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi.

Rujukan

WikiPedia: Mahkamah_Agung_United_Kingdom http://www.oup.com/uk/catalogue/?ci=9780199264629 http://web.archive.org/20070702222257/www.justice.... http://web.archive.org/20070704181531/www.scotcour... http://web.archive.org/20071224063723/www.justice.... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... http://www.legalscholars.ac.uk/text/publications/p... http://news.bbc.co.uk/1/hi/magazine/6143744.stm http://www.justice.gov.uk/whatwedo/supreme-court-c... http://www.number-10.gov.uk/output/Page15158.asp http://www.opsi.gov.uk/acts/acts2005/20050004.htm