Biografi Mahmoud_Abbas

Mahmoud Ridha Abbas telah dilahirkan pada 1935 di Safed, satu kawasan Palestin yang dikuasai oleh British. Keluarganya menjadi pelarian sejak 1948 ke Syria. Di Syria dia menuntut di Universiti Damsyik sebelum pergi ke Mesir - jurusan undang-undang.

Kemudian ke universiti di Moscow, Rusia dan mendapat Ph.D pada tahun 1982 dalam jurusan sejarah. Disertasi kedoktoran beliau ialah tentang Hubungan Rahsia Di Antara Nazi dan Para Pemimpin Gerakan Zionis.

Pada 1984 buku berdasarkan disertasi Ph.D Abbas telah dicetak dalam bahasa Arab di Jordan. Buku ini mendapat kritikan banyak pihak kerana Mahmoud Abbas mengkritik bilangan mangsa peristiwa Holocaust. Katanya mangsa sebenar hanya ribuan sahaja, tidak sampai 6 juta.

Pada Mei 2003 Mahmoud Abbas ditemubual oleh Haaretz, Abbas menyatakan:

"Saya menulis dengan terperinci mengenai Holocaust dan tidak mahu berbincang tentang bilangan sebenar kerana angka-angka yang diberikan amat berbeza. Ada sejarawan menulis terdapat 12 juta mangsa dan lagi menulis terdapat 800,000. Saya tidak berhasrat untuk berhujah dengan angka-angka. Holocaust adalah satu jenayah dahsyat, tidak dapat dimaafkan dengan pembentukan negara Yahudi, suatu jenayah yang bertentangan dengan kemanusiaan yang tidak boleh diterima oleh manusia. Holocaust adalah satu perkara yang dahsyat dan tidak ada orang boleh menuntut saya menafikan ia."