Mahyon_Ismail

Mahyon Ismail (lahir Mayayun binti Ismail; 31 Ogos 1942 - 21 Mei 2011) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan isteri pelakon Hussein Abu Hassan.Anaknya juga pelakon iaitu Faizal Hussein. Anak sulungnya Dilla Hussein, merupakan seorang penulis skrip dan drama. Fairuz Hussein merupakan penyanyi R&B. [1] Seniwati Mahyon Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.Menurut anak sulungnya, Dilla, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetisnya sahaja.Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, dan Faizal.