Maimon_Mutalib

Maimon Abdul Mutalib (1957–7 September 2013) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau terkenal dengan membawakan pelbagai watak termasuk ibu mithali, wanita garang, wanita misteri, nenek dan komedi.[1]Beliau meninggal dunia pada 7 September 2013, di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payudara. Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun. Jenazah beliau dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.[2] Lakonan terakhir Allahyarham, iaitu telefilem Dari Asar Ke Isyak arahan Murali Abdullah disiarkan di TV2 pada 10 Mac 2016 dan ia dikeluarkan secara anumerta.[1]