Maimun_Yusuf

Maimun Yusuf atau lebih dikenali sebagai Tok Mun 1919 (umur 100–101) merupakan calon wakil rakyat tertua dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12. Beliau mengejutkan ramai kerana bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 di parlimen Kuala Terengganu. Beliau kalah kepada calon Barisan Nasional - UMNO, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail. Razali menang selepas memperolehi 32,562 undi, manakala Maimun 685 undi dan hilang deposit. Calon lain ialah Mohamad Sabu daripada PAS yang mendapat 31,934 undi.[1]Ketika bertanding beliau menggunakan lambang kunci dan berbasikal ke sana sini. Cucunya seramai 19 orang.Pada 20 April 2013, calon bebas paling terkenal Malaysia ini mengesahkan sekali lagi bertanding kerusi sama apabila menyerahkan borang pencalonannya kepada SPR.[2] Pada umur 94 tahun, beliau kekal sebagai calon tertua.[3]. Pada 5 Mei 2013, sekali lagi beliau kalah bertanding pada PRU 13 ini dan hanya mampu memperoleh 182 undi, lantas menyebabkan beliau hilang duit deposit sebanyak RM10,000.[4]Bagi PRU14 pula, beliau yang kini menghampiri 100 tahun tidak dapat bertanding akibat tidak mempunyai wang deposit yang diperlukan untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, tetapi beliau mengkhabarkan sudah menabung untuk Pilihan Raya Umum ke-15.[5]