Organisasi Majlis_Agama_Islam_dan_Adat_Melayu_Perak

Organisasi MAIPk diketuai oleh Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Perak semenjak 2 Januari 1997 iaitu D.Y.T.M. Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Ketua Jabatan Agama Islam Perak hendaklah menjadi Setiausaha MAIPk bagi mengetuai pentadbiran dan bertanggungjawab melaksanakan dasar dan keputusan MAIPk mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Bil. 2 Tahun 1992. Setiausaha MAIPk kini adalah Dato' Sheikh Mohd Nor bin Mansur Al-Hafiz DPMP., AMP.

Ahli MAIPk yang lain pula terdiri daripada berikut:-

  • Menteri Besar
  • Setiausaha Kerajaan Negeri
  • Pegawai Kewangan Negeri
  • Penasihat Undang-undang Negeri
  • Mufti
  • Ketua Pendaftar
  • Ketua Polis Perak
  • Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar
  • Orang Besar Jajahan Manjung
  • Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Perak
  • lain-lain