Menu
Majlis_Bandaraya_Subang_Jaya SejarahPada tahun 1994, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan untuk menaik taraf Majlis Daerah Petaling kepada Majlis Perbandaran dan menamakannya sebagai Majlis Perbandaran Subang Jaya. Tujuan kenaikan taraf ini ialah untuk menyusun semula organisasi pentadbiran bagi menghadapi tekanan pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan pemuliharaan alam sekitar.
Melalui warta Kerajaan Negeri Selangor No:26, Majlis Perbandaran Subang Jaya telah diwartakan pada 2hb Januari 1997 mengikut pelan warta 1192 dengan keluasan 161.8 km persegi dan terbahagi kepada 3 zon utama iaitu Zon Damansara (Subang Jaya , Bukit Lanchong), Zon Puchong (keseluruhan Puchong) dan Zon Seri Kembangan (Serdang, Seri Kembangan, Universiti Putra Malaysia dan sebahagian hutan simpan Air Hitam). Seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya terletak dalam kawasan Pentadbiran Daerah Petaling.
Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Dr Haji Abu Hassan Omar pada 25 April 1998.
Majlis Perbandaran Subang Jaya diberikan kebenaran untuk dinaik taraf dari perbandaran kepada bandaraya pada 3 Jun 2020.
Majlis Perbandaran Subang Jaya dinaik taraf menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya pada 20 Oktober 2020.[1]
Menu
Majlis_Bandaraya_Subang_Jaya SejarahBerkaitan
Majlis Raja-Raja Majlis angkat sumpah Joe Biden Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Majlis Keselamatan Negara Malaysia Majlis Perbandaran Kajang Majlis Bandaraya Diraja Klang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri JohorRujukan
WikiPedia: Majlis_Bandaraya_Subang_Jaya http://www.mbsj.gov.my/ http://www.mpsj.gov.my https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2020/0...