Majlis_Harga_Negara

Majlis Harga Negara, adalah suatu badan yang diwujudkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bertujuan untuk menstabilkan harga barangan keperluan pada 22 Januari 2008.Dua mekanisme yang akan digunakan iaitu kewujudan Stok Simpanan Kebangsaan dan Pusat Panggilan Kebangsaan bagi memastikan bekalan barangan keperluan di negara ini mencukupi dengan harga yang stabil.Sebenarnya, penubuhan MHN telah dipersetujui pada mesyuarat Kabinet 9 Januari lalu dan ia merupakan satu jawatankuasa tertinggi dengan segala keputusannya perlu dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan dan diterima pakai oleh sektor swasta berasaskan peruntukan undang-undang. Pada 23 Januari 2008, kumpulan pakar yang diterajui oleh Datuk Dr. Kamal Salleh diwujudkan pula untuk berperanan utama untuk mencari pendekatan menstabilkan harga barangan di pasaran, selain memastikan inflasi tidak meningkat sehingga menjejaskan kuasa beli rakyat.[1]Menurut beliau, antara isu yang akan diutamakan adalah melihat semula peranan subsidi dalam mempengaruhi pasaran.

Rujukan

WikiPedia: Majlis_Harga_Negara http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/maj...