Logo Majlis_Perbandaran_Ampang_Jaya

Logo rasmi Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Logo MPAJ dibentuk bagi melambangkan komitmen MPAJ ke arah kemajuan dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menitikberatkan kecemerlangan budaya kerja di samping memenuhi kehendak penduduk Ampang Jaya secara keseluruhannya.

Reka bentuk Huruf M.P.A.J

Huruf MPAJ pada logo tersebut direka bagi melambangkan segala pembangunan yang dirancang dengan teliti bagi melahirkan persekitaran yang bersih dan indah. Juga mempamerkan keberkesanan serta kecekapan MPAJ dalam melaksanakan tugas dan peranan MPAJ sebagai pemberi perkhidmatan.

Perkataan MPAJ mengelilingi logo tersebut menunjukkan ia bertanggungjawab dalam segala urusan pentadbiran.

Unsur pokok

Elemen pokok yang terdapat dalam logo MPAJ melambangkan ke arah bumi yang hijau dan sentiasa mementingkan kebersihan.

Unsur perindustrian dan perumahan

Perindustrian, perumahan dan perkilangan adalah simbolik kepada kesempurnaan perancangan ke arah kepesatan pembangunan dan persekitaran Ampang Jaya.

Moto

BERBAKTI BERSIH BERBUDAYA

Unik

Terdapat sesetengah kawasan dalam pentadbiran MPAJ yang menggunakan poskod Kuala Lumpur terutamanya di kawasan yang bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti di Pandan Indah dan lain-lain. Tiada masalah bagi mereka yang sudah lama menetap di situ tetapi ia kadangkala menimbulkan sedikit kekeliruan terutamanya bagi pendatang baru yang baru berhijrah ke kawasan berkenaan. Poskod Kuala Lumpur dikekalkan di kawasan berkenaan kerana memiliki nilai sejarah yang panjang bagi Ampang dan Kuala Lumpur yang pada suatu masa dahulu berada dalam pentadbiran yang sama iaitu dibawah Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Lumpur sebelum Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan pada tanggal 1 Februari 1974.