Majlis_Perbandaran_Kuantan
Majlis_Perbandaran_Kuantan

Majlis_Perbandaran_Kuantan

Majlis Perbandaran Kuantan ini mula dilaksanakan pada 1 Ogos 1913 dengan penubuhan Kuantan Sanitary Board yang bertanggungjawab terhadap kawalan kebersihan, kesihatan dan kawalan pembangunan. Pada tahun 1937, Kuantan Sanitary Board telah digantikan dengan Lembaga Bandaran Kuantan (Kuantan Town Board). Setelah hampir 16 tahun berada di bawah sistem ini, Lembaga Bandaran Kuantan telah dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran Kuantan (Kuantan Town Council) dengan kawasan pentadbiran seluas 10 batu persegi sahaja iaitu tertumpu kepada Mukim Kuala Kuantan.